Monday, November 14, 2016

2016 : Masih Terus dan Bertahan

kira kira 1 bulan beberapa hari lagi 2016 bakal melabuh tirai. banyak perkara yang mana boleh menambah pengalaman dalam hidup berlaku. yang baik kita simpan semat dalam hati, yang tak elok kita buang jauh-jauh

2015-2016
tahun hampir tiada update di post blog, sebab utama sebenarnya kita layan blog ni macam website untuk perniagaan foto dan video yang kita buat. sebab lain sekarang bukan zaman blog lagi, semua dah diambil alih oleh facebook, twitter dan sebagainya. tapi untuk info yang penting lebih baik pada blog post lebih senang untuk mencari info. tak mahu la blog tenggelam dengan apa yang tak penting hehe

2015-2016
masih lagi usahawan dalam bidang fotografi & videografi secara sepenuh masa. tahun yang sangat sukar. tapi alhamdulillah masih mampu tersenyum. disebalik tahun yang sukar, masih banyak nikmat dariNya yang kadang-kadang tuan punya blog ni pun terlupa. tuan punya blog pun dah hampir setahun kahwin dengan gadis pilihan hati, musuh ketat yang asyik ajak bergaduh, yang memahami tapi tak semua apa yang tuan blog fikirkan. lol

2015-2016
juga tahun yang buat kita fikir kembali, betul ke langkah kita mengambil keputusan untuk bersama kapal bekerja sendiri berbanding mengambil tiket kapal bekerja tetap. ya, persaingan sangat hebat bukan saja dari segi jumlah mereka yang sama dalam bidang tapi juga dari sudut harga yang makin lama makin mengarut. isu ni bukan sehari "alah bisa tegal biasa" tapi orang yang percaya pada kemampuan diri, berfikiran jauh dan ada matlamat mungkin tak bersama mereka yang tak tahu menghargai hasil kerja sendiri asal dapat duit. nak tulis harga servis umpama harga diri pun tak boleh harga diri tak ternilai. apa pun tabik hormat untuk yang masih bertahan dan tahu menghargai hasil kerja sendiri. "Salute"

2015-2016
dah ada studio sendiri, sempat berpindah dari tempat baru Bazar Rompin kepada tempat lama Bazar Mara (yang mungkin akan dirobohkan, bangunan yang lama lebih lama dari tuan blog sendiri mungkin), macam-macam usaha untuk berjalan seiring dengan anak kapal yang lain, mungkin belum masanya, mungkin belum sampai tahap. Allah bagi kita rezeki dan Dia tahu setakat mana rezeki yang kita boleh tampung. tapi usaha perlu sentiasa walaupun terumbang ambing dipukul ombak dalam pelayaran.

2015-2016
kita (tuan punya blog) letakkan kita sebagai orang yang gagal untuk tahun ini. kita ada banyak peluang untuk berjaya, tapi gagal, silap perhitungan dan tak berjaya. bukan dari sudut servis fotografi dan videografi yang kita buat, tapi juga hal perniagaan yang lain seperti vape, tudung, waktu tidur, pentadbiran studio, nafsu dan lain-lain yang mampu tercapai akal manusia. ciss patut la tak berjaya. kah kah. kita manusia biasa, kalau tak cakap macam tu macam mana lagi nak cakap. tapi sebagai manusia biasa, kegagalan perkara biasa, gagal dengan  bermaruah yang boleh kita jadikan pengalaman, kita belajar dari kegagalan dan usaha untuk membaiki diri supaya jadi lebih baik. 

2015-2016
harapan untuk tahun tahun akan datang supaya kehidupan lebih baik lagi. sentiasa positif. kejujuran sangat penting walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi. walau seperit mana halangan, setinggi mana ombak datang menghambur insyAllah sifat positif dan jujur dalam diri tak luntur. seribu satu ungkapan orang, yang mengenal diri kita, adalah kita sendiri dan tentunya Yang Satu :)


belanja satu gambar kita (tuan punya blog) senyum untuk menunjukan sifat "stay positif" :) :)