Sunday, December 15, 2013

Sally Andaman Casting Day

ini adalah job first saya untuk  Sally Andaman, Tanjung Gemuk, Endau Johor ke Pahang ek? keliru sebab Endau ni merupakan sempadan antara Pahang dan Johor haha... Job 1st ni adalah untuk mencari talent - talent baru bagi SAFC yang rasanya bakal menjadi modelling class dibawah kelolaan Cik Sally. Talent-talent ini akan diajar, diberi ilmu dalam bidang peragaan pakaian pengantin dan akan dibawa ke pertandingan-pertandingan yang akan disertai oleh Cik Sally. untung la siapa yang terpilih nanti kan. ini antara yang hadir









good luck for them :)
tag;
kelas modelling pahang, sally andaman, tanjung gemuk. sally andaman tanjung gemuk, andaman pahang, photographer model, pahang modelling class, talent model. make up artist pahang. MUA pahang, Sally Andaman MUA, hijabista, high street fashion photographer, photographer malaysia, malaysia wedding & lifestyle photographer, casting day, casting modelling

Friday, November 22, 2013

Hanuar + Suzie 16, 17 November 2013

majlis perkahwinan Hanuar dan Suzilliyana diadakan di Perumahan Sungai Puteri Kuala Rompin. pasangan yang sangat sporting dan mudah dibentuk untuk bergambar hehe. dengan sekali lafaz sahaja cik Suzilliyana Bt Abu Bakar telah menjadi Puan kepada Hanuar Binti Muin. Hanuar Binti Muin merupakan seorang anggota Polis yang bertugas di Balai Polis, Kuala Rompin. Majlis pada malam 16 November dimulakan dengan majlis aqiqah dan cukur jambul anak saudara kepada Puan Suzie


































tags
photographer malaysia, wedding photographer malaysia, wedding photographer kuala lumpur, wedding videographer, wedding videographer malaysia, jurugambar perkahwinan malaysia, juruvideo perkahwinan malaysia, ikahwin, plan your wedding malaysia, ffpvgraphy, pakej gambar perkahwinan

Thursday, October 17, 2013

Jalan Jalan di Bandar Lama Kuala Rompin, Pahang

antara projek masyarakat bersama FFPVGRAPHY dan juga Art'z Media untuk menaikkan lagi nama Kuala Rompin. Projek ni adalah sebahagian daripada #projectrompin untuk FB I Love Kuala Rompin dan ILTV.TV . projek kali ni kami cuba untuk mengimbau kembali nostalgia Bandar Lama Kuala Rompin yang pesat sekitar tahun 1960an dahulu. videonya boleh ditonton di bawah




seperti biasa tukang cakap yang masih mencari pengalaman, jangan dikutuk beliau bagi la sokongan sikit. ingat senang ke nk cakap depan kumira, boleh muntah hijau dulu baru bleh cakap tau


tag
perlombongan bijih besi di kuala rompin

Tuesday, October 15, 2013

Pc Setup dengan Budget RM3000

minggu lepas FFPVGRAPHY dengan usahasama Art'z Media telah menerbitkan sebuah video tentang pembinaan PC untuk membantu photographer dan juga videographer yang masih tertanya tentang PC dan spec yang sesuai untuk memudahkan kerja mereka. video tersebut boleh di tonton di sini.



disini sy cuba untuk menerangkan tentang spec dan budget yang telah dilaburkan dengan lebih lanjut disebabkan tukang cakap dalam video tu byk melalut dan tak terangkan harga pun haha

spec PC tanpa monitor
Intel i7 4th Gen 4770                                 RM 965
Motherboard Asus S1150 H87M-E           RM 340
RAM Kingston Hyper X DDR3 16gb       RM 349
SSD Kingston 120gb                                 RM 319
Leadtek Nvidia GTX660 2gb DDR5         RM 680
PSU Xigmatek 500watt                             RM 130
Casing Aerocool                                        RM 105
*harga adalah berbeza mengikut pasaran
*jenama dan setup ini adalah sebagai cadangan shj.

ini adalah pakej bajet tapi anda boleh bekerja dengan lebih pantas dengan kadar lagging ketika rendering video atau foto yg minima. kalau anda ada bajet lebih anda boleh upgrade mana2 part yang anda rasa lebih sesuai dan best


tags
kuala rompin, photographer kuala rompin, wedding photographer kuala rompin, wedding photographer pahang, jurugambar perkahwinan pahang, jurugambar perkahwinan pahang, mencari wedding photographer malaysia, malaysia wedding photographer, pc setup, pc editing setup, pc untuk photographer, pc untuk videographer

Thursday, October 3, 2013

Abu + Ika 15 September 2013

Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Syarifah Umaira, Umienya dan Keluarga Syed kerana memberi kepercayaan kepada saya sebagai photographer rasmi untuk majlis perkahwinan ni. majlis akad nikah diadakan di Masjid Tengku Abdullah, Kuala Rompin dan majlis persandingan diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin. majlis berjalan lancar, keluarganya juga ramah. pengantin yg agak pemalu adalah perkara biasa tapi rasa malu tu berjaya ditangkis dengan jayanya hehe. jom kita tengok gambar2 dari majlis Abu dan Ika ni. enjoy :)

sesi outdoor di Pantai Hiburan, Kuala Rompin

Ika sampai di Masjid Tengku Abdullah, Kuala Rompin. Pahang

Bapa Ika dan jurunikah memohon kebenaran dari Ika untuk mengahwinkannya dengan jejaka pilihan Ika

Abu, jejaka pilihan Ika nampak bersedia untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna

Ika senyum tanda bersetuju dan gembira

antara rakaman photographer yang merakam hari bersejarah Abu dan Ika

Akad nikah bermula, Abu dinikahkan sendiri oleh bapa Ika

bapa Ika menanti "Sah" dari saksi dan jurunikah

Abu menjadi suami kepada Ika dengan sekali lafaz sahaja. Abu bersyukur dan berdoa kepada Allah S.W.T

Abu membacakan tanggungjawabnya sebagai Suami kepada kepada Ika

Cincin Abu daripada Ika sebagai tanda perkahwinan

Abu memberikan Ika Mas Kahwinnya

Abu memakaikan Ika gelang emas sebagai tanda perkahwinan mereka, kelihatan jurunikah seakan terkenang ketika majlis perkahwinannya :P

Ika tersenyum gembira menjadi Isteri yang sah kepada Abu

Abu memberikan Ika pandangan manja :P

ciuman didahi daripada Abu kepada Ika sebagai tanda cinta Abu kepada Ika

potrait Ika di majlis persandingannya

shot fevret dari FFPVGRAPHY :)
Abu dan Ika ketika perarakan masuk Raja Sehari di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin. Pahang

sesi outdoor

tags
kuala rompin, photographer kuala rompin, wedding photographer kuala rompin, wedding photographer pahang, jurugambar perkahwinan pahang, jurugambar perkahwinan pahang, mencari wedding photographer malaysia, malaysia wedding photographer

Tuesday, August 20, 2013

Azahari + Noraini Kg Merchong, Rompin. Pahang

kadang2 kita pening fikir, tone apa kita nak pakai utk gambar ni,mode apa nak pakai, lokasi mana kita nak bg gmbr tu subjek lagi menyerlah. mcm mana komposisi. sampai kita lupa apa yang paling penting adalah momen dan kegembiraan pada hari bersejarah buat pasangan pengantin dan juga keluarga mereka. paling penting sebagai jurufoto jaga sikap, sentiasa senyum dan pastikan pengantin enjoy di hari perkahwinan mereka. Fazizi Fauzi PhotoVideoGRAPHY :)