Zera ni sebenarnya anak sedara sebaya kepada kawan baik sy zaman sekolah dulu Isal Rizal. hehe anak sedara ko kawen dulu ni bro. ko ape cite
Saturday, March 23, 2013
Zera + Din 23 Mac 2013
Zera ni sebenarnya anak sedara sebaya kepada kawan baik sy zaman sekolah dulu Isal Rizal. hehe anak sedara ko kawen dulu ni bro. ko ape cite
Wednesday, March 20, 2013
Tips Ambil Gambar Milky Way
Oh Milky way,,, sebelum ni saya tengok (2 tahun lepas, artikel ni ditulis pada tahun 2013) gambar milky way kebanyakannya daripada photographer2 orang putih, mat salleh, Nat Geo dan sebagainya. Waktu tu ada yang dah bermain dengan milky way tapi tak ramai. Bagi penggemar fotografi tempatan sekarang ni yang memang tengah naik, masing2 pon nak mencuba untuk shoot milky way. bagus2 nampak kan industri semakin maju hehe. shooting milky way ni sangat seronok sebenarnya dan anda akan sangat teruja bila tengok hasil terus dari kamera. kalau nak shoot milky ni pon xperlu peralatan yang mahal macam segala filter bagai. photographer begineer pon kalau kena cara akan dapat result yang sangat gempak. pada yang dah tau x apa la tapi saya nak bgtau jgk apa peralatan yang perlu anda ada untuk shoot milky ni
-Lens sama ada kitlens atau wide lens
-Tripod yang kukuh atau permukaan rata
-Remote ini kalau xde pon xpe, tapi untuk dapat hasil yang best, mesti ada
-Lampu, torch light, gula-gula kalau boring bleh makan.
-kain atau tisu sebab nanti kamera anda akan berembun tengah malam
-kain atau tisu sebab nanti kamera anda akan berembun tengah malam
ok kalau dah ada semua tu, kat mana nak cari milky ni? tengah bandar? tepi rumah? depan kedai roti canai haji usop? pantai hiburan kuala rompin? ok ini paling penting sebenarnya milky way ini sentiasa ada di sekeliling galaksi angkasaraya kita ni. apa yang menyebabkan kita tak nampak adalah kerana pencemaran cahaya atau dalam bahasa orang putihnya light pollution. untuk dapatkan hasil milky way yang best kita perlu berada pada waktu matahari telah terbenam dan tempat yang kurang pencemaran cahaya. awan juga memainkan peranan, pastikan selepas matahari terbenam atau malam tersebut awan dalam kepulan yang paling kurang, tiada langsung lagi bagus. tapi kalau ada awan pon still ok kadang2 jadi seni yang tersendiri. langit pastikan anda nampak bintang merelip2 kadang hari yang tiada awan tapi bintang pon kelam semacam je mengurangkan peratus untuk menampakkan laluan susu atau milky way. jadi ingat 4 benda ni
-Tempat gelap macam bendang, kawasan hutan, pantai yang kurang cahaya
-Sesudah matahari terbenam/malam
-Awan kurang
-Langit cerah bintang merelip
#update
ramai yg bertanya mcm mana keadaan langit sebenar, dan keadaan langit yg sesuai untuk shoot milky way. gambar hasil dari tangan master of manipulate dari kuala rompin ni menyamai hampir 90% keadaan langit dan kawasan yg amat sesuai untuk bermilkyway
p/s abaikan pose seksi dalam gambar berkenaan :P
#update
ramai yg bertanya mcm mana keadaan langit sebenar, dan keadaan langit yg sesuai untuk shoot milky way. gambar hasil dari tangan master of manipulate dari kuala rompin ni menyamai hampir 90% keadaan langit dan kawasan yg amat sesuai untuk bermilkyway
p/s abaikan pose seksi dalam gambar berkenaan :P
waktu yang available untuk shooting ni mengikut pengalaman saya ialah sesudah matahari terbenam dan sebelum suria memancar kembali. maknanya kalau cuaca baik anda ada sepanjang malam untuk shooting milky ni, lagi best kalau ajak kawan2 camping dan kalau anda berani boleh pergi sorang2, tak digalakkan bukan sebab ada hantu langsuir, pontianak sundal malam, hantu kak limah, zombie kg pisang dan sebagainya tapi anda mempunyai peralatan yang mahal. kalau ada yang tak berhati mulia kebetulan lalu anda tahu kenapakan. tapi mudah2an perkara macam tu tak berlaku. kita orang islam jangan lupa ayat Al-Qursi sebagai pendinding. insyAllah selamat.
ok, kalau perlatan ada, port cun, cuaca cantek, kt mana nk tala muncung lens anda tu?arah sunset ke arah sunrise? ke belah rumah bakal mak mentua?ok ada aplikasi untuk membantu untuk pc boleh pakai Stellarium dan kalau pengguna android anda boleh try Google Sky Map bagi pengguna IOS mintak maaf saya dah jual Iphone saya dan saya menyesal T.T saya xpasti nak pakai apa tapi ada. kalau jumpa balik saya update ok. baiklah aplikasi ni untuk membantu je sebenarnya sejujurnya saya pon pening dengan aplikasi tu saya lebih suka mencari dengan mata hati :P , tips saya
-anda menghadap ke arah Qiblat dan pandang/pusing ke kiri dalam 70' atau 90' atau ke arah selatan/south
-anda menghadap ke arah Qiblat dan pandang/pusing ke kiri dalam 70' atau 90' atau ke arah selatan/south
-atau cari kawasan yang bintang dalam kelompoknya yang paling cerah.
insyAllah tak pernah gagal dan kecundang ketika cuaca best.
orait skang masuk bahagian kamera, saya jangkakan yang membaca ni semestinya menggunakan kamera DSLR atau kamera yang shutternya boleh disetkan kepada 30s atau lebih. shutter yang sesuai untuk merakam aksi milky yg selalu saya praktikkan ni antara 20s-40s. tapi ada yang sehingga 90s bergantung kepada focal length, cahaya dan sebagainya. namun penggunaan shutter sehingga melebihi 60s akan lebih berisiko menjadikan bintang milky way menjadi star trail. bergantung kepada focal length dan berbeza untuk fx dan juga dx sensor. ada formula untuk mengira yang saya kena semak balik. boleh saya katakan 20s-40s adalah dedahan cahaya yang selamat dan lebih terhindar daripada terjadinya star trail melainkan anda nak effek star trail.
bukaan aperture pula adalah bukaan terbesar (f number terkecil) lens anda. bukaan yang selamat bergantung atas lens yang digunakan f/1.4-f/4 ada yang mengatakan DOF sudah tidak diambil kira dalam menghasilkan gambar bermilky way namun itu adalah bagi gambar milky way semata tiada subjek atau tiada foreground. bagi gambar yang mempunyai subjek dan fg f/2.8-f/4 adalah bukaan yang lebih sesuai bagi saya.
sensitiviti iso yang digunakan bergantung kepada tahap pencemaran cahaya dikawasan berkenaan, termasuk cahaya bulan. bulan yang agak terang umpama lampu mentol dan juga lampu minyak tanah mengaburi mata kita yang amat sensitif terhadap cahaya apatah lagi sensor kamera hehe. oleh itu boleh dikatakan iso antara 1000-4000 adalah selamat diguna pakai dalam memburu encik milky way. tapi kalau kamera anda boleh push iso sehingga ke tahap malam bertukar siang try n error lah.
fokus, ni yang selalu jadi masalah sebab keadaan gelap gumpita, ketika ini autofokus silentwave, ultrasonic anda semua lebih kepada tiada fungsi, cara paling senang setkan fokus anda pada infinity atau no 8 terbalik tu. tapi bang lens saya xde tanda tu cmne? erm kalau xde adik boleh fokuskan pada tempat yang paling terang di kawasan berkenaan atau adik on autofokus adik tu dan halakan kamera adik fokuskan pada bulan dan turn off autofokus adik.ok faham?atau kalau gelap sangat ikut style sy dulu2 utk lens nikkor 18-105mm atau 18-55mm pusing fokus ring ke kanan sampai abes then pusing balik fokus ring ke kiri sikit je dalam 1 mm ke kiri, try shoot kalau fokus xbes pusing cari sweet infinity focus lens anda. ok bang tapi kalau saya ada subjek n foreground kat depan guane plop? tgk subjek n foreground tu guane la, kalu dekat sangat adik suluh kat subjek pastu focus dulu situ xpon adik baham infinity bereh doh sebab kan adik pkai wide lens xkesah 18mm or 10mm DOF akan lebih sekata dengan infinity. oo bereh2
bagi foto dedahan lama seperti sedikit pergerakan, getaran sudah pasti mampu memblurkan foto anda. pada tahap ni anda nak kurangkan gegaran seminima mungkin 30s tu Boh, tangan bukan kayu. getaran akan terhasil walaupun ketika shutter kamera terbuka oleh itu penggunaan Tripod yang kukuh, Remote, Mirror LockUp can do the job. cari setting mirror lock up dalam kamera anda dan turn off VR atau IS kamera anda. sebab anda tak perlukannya pon, ada sumber yang mengatakan penggunaan VR atau IS dalam situasi ini mampu memblurkan gambar anda kerana anda sudah mempunyai tapak yang sudah stabil iaitu tripod dan kamera akan mencari gegaran dan mengakibatkan gambar yang sharp jadi blur, umpama gambar yg sharp tapi anda edit sharpkan lagi kaw2 jd pelikkan, tapi ini cuba anda google anda akan dapat jawapan yang lebih pasti. atau try n error
saya ringkaskan disini
-shutter 20s-40s
-aperture f/1.4-f/4
-iso1000-4000
-sturdy tripod, remote, mirror lockup
then boom keluar macam ni
shoot milkyway dari kitlens 18-55mm
single shot |
18-55mm Pano 3 foto |
18-55mm Panorama |
saya memang milky way enthusiast, waktu malam akan sentiasa melihat
suasana langit dan bintang kalau sesuai saya mulakan langkah. kadang2
sorang2 dalam fikiran macam2 tapi beranikan diri juga. tapi kalau berdua
bertiga rasa lebih selamat daripada kejadian tidak dingini
dari sudut photography berbeza daripada sudut astronomi, milky yang anda nk amek tu biarlah ada subjek atau foreground yang menarik ditambah dengan komposisi yang best. baru superb dan menarik minat. sebab milky way ni sebenarnya semua orang boleh ambil kalau kena dengan teknik tapi yang membezakannya kompo foreground dan semua itulah.
dari sudut photography berbeza daripada sudut astronomi, milky yang anda nk amek tu biarlah ada subjek atau foreground yang menarik ditambah dengan komposisi yang best. baru superb dan menarik minat. sebab milky way ni sebenarnya semua orang boleh ambil kalau kena dengan teknik tapi yang membezakannya kompo foreground dan semua itulah.
penting juga untuk berhati-hati ketika mengambil gambar malam2 ni sebabnya ada kawasan2 tertentu yang ada binatang buas dan sebagainya, sebagai contoh ketika di Kampung Sepayang, Kuala Rompin. ketika saya sorang2 di tengah sawah kedengaran pelbagai jenis binatang ada di sekeliling seperti khinzir, burung gagak, anjing, bunyi ular dan sebagainya. guna lampu picit anda dan tinjau dulu kawasan berkenaan, amek batu sesekali campak, berdehem dan sebagainya. sesekali tinjau di belakang anda.
dan paling penting, ketika memburu encik milky way, jangan lupa untuk memerhati bintang atau orang putih kabo Stargazed atau Star Observing. ketika itu anda akan terasa amat kerdil di alam ciptaan Allah S.W.T ini, sesekali tahi bintang akan berlalu dan kalau hari yang cantik anda akan melihat Milky Way with your own naked eyes. seriusly pengalaman yang sangat best dan romantis haha.
selamat memburu, sekian pengalaman saya
sedikit timelapse dari shoot yg lepas
tags
milkyway malaysia, milkyway photographer malaysia, malaysia milkyway timelapse, astrophotography malaysia, tips ambil gambar milkyway, tips gambar milkyway, cara ambil gambar milkyway, macam mana shoot milkyway, how i shoot milkyway
selamat memburu, sekian pengalaman saya
sedikit timelapse dari shoot yg lepas
tags
milkyway malaysia, milkyway photographer malaysia, malaysia milkyway timelapse, astrophotography malaysia, tips ambil gambar milkyway, tips gambar milkyway, cara ambil gambar milkyway, macam mana shoot milkyway, how i shoot milkyway
Monday, March 18, 2013
no more poketsliver.blogspot.com
poketsliver.blogspot.com sudah ditamatkan riwayatnya setelah 5 tahun beroperasi, wah konon macam blogger hebat je padahal update pon setahun sekali :P. tak la ditamatkan terus tapi just tukar nama kepada ffpvgraphy.blogspot.com. sebabnya cadang2 nak jadikan blog ni macam webpage pada Fazizi Fauzi PhotoVideography. yela baru nak start nak beli domain mana mampu lagi. orait xpe la nk edit gambar isi dalam ni bagi menarik sikit
Subscribe to:
Posts (Atom)