Monday, August 5, 2013

PC Setup untuk Foto dan Video Editing

alhamdulillah hasil kerja keras dalam akhir bulan Julai 2013 saya dah dapat bina sebuah komputer baru untuk FFPVGRAPHY :)
kalau sebelum ni saya gunakan laptop untuk editing video dan photo, untuk photo masih tiada masalah tapi bila datang video 1080p ya Allah.. melampau sangat keslowannya. tapi still boleh siapkan video pengantin cuma kalau video 1080p dan 720p tu untuk rendering release version durasi 40minit hampir 18-24jam rendering. bayangkan terpaksa menunggu macam tu untuk 1 video, kalau video tu ada silap sikit, terpaksa render balik. dh makan 2 hari hehe. kalau highlight dalam 5-8 minit still boleh pakai laptop dengan kadar stress yang minimum. tapi tengok laptop jgk la, laptop sy ni laptop lama zaman stdy tahun 2009. Dell studio 1555 tapi walaupun lama byk berjasa dan kalau setakat nk guna untuk web surfing, light gaming (Need For Speed Prostreet), photo editing (Photoshop, Lightroom), SD video editing (Premiere Pro, Vegas Pro) still boleh, kalau sabar sikit HD video editing pon boleh. masih hebat lagi kan hehe

my lovely Dell Studio 1555

PC baru yang saya build from scratch ni asalnya untuk tujuan hackintosh, foto dan video editing, gaming dan sebagainya yang berkaitan. bukanlah saya buat parts tu satu-satu cuma beli, dan pasang hehe lebih kpd DiY. untuk hackintosh saya perlu tunggu dalam beberapa bulan disebabkan pada ketika ini (Ogos, 2013) processor baru Intel i7 4th gen belum dan masih menunggu fully support untuk hackintosh dari tonymacx86.com. untuk yang tak tahu Intel baru je melancarkan processor generasi ke 4 dengan kod nama Haswell sekitar bulan jun 2013. kenapa saya pilih intel 4th gen bukan AMD? sebabnya saya nak sistem yang saya boleh pakai lama sikit, ye la dgn teknologi yg setiap hari ada je produk baru keluar ni, kena la cari kurang2 boleh pakai dan upgradeable utk 2-3 tahun. intel 4th gen tu x dtg kosong baru mcm tu je tapi dengan chipset z87 dan socket baru LGA1150. processor intel 3th gen menggunakan socket LGA1155. andai kata sy gunakan intel 3th gen sekarang dan nak upgrade 4th gen pada masa hadapan sy terpaksa tukar motherboard bersocket yg sesuai. duit lagi kan hehe. so better terus kepada i7 4th gen walaupun sekarang belum compatible utk hackintosh. sama juga kenapa sy xpilih AMD berbanding intel, sedangkan prestasi AMD pon boleh tahan dan harga jauh lebih rendah dari intel. sebabnya compatible parts utk hackintosh tu la, mmg AMD pun akan support tapi kernel untuk intel lebih popular dan cepat dikeluarkan untuk hackintosh berbanding AMD.

ko ni apesal duk hackintosh je dari tadi? nak mac nape x beli macintosh je terus pening betul kepala aku.
Well, where the joy from that haha. sebenarnya kewangan juga terhad, kalau sy beli mac dgn duit yg ada tu sy dapat spec yang biasa saja untuk iMac atau Macbook Pro. sebab lain, sy mmg suka main install2 ni sejak dari azali lg. ilmu2 boleh belajar sendiri, kalau jadi sy hepi, xjadi sy install balik :). dan sebab sebenar saya nak gunakan aplikasi Final Cut Pro untuk video editing dan juga aplikasi - aplikasi lain. tapi sebenarnya buat masa sekarang ni, sony vegas dan adobe premiere untuk editing lebh dari cukup. saja sy nak try untuk pelbagaikan skill.

baiklah spec pc yang di setup ni ialah

processor intel i7 4770k 3.5ghz
motherboard asus maximus vi hero
graphic card leadtek gtx 660 2gb gddr5
ram kingston hyper x 2400mhz 16gb (2x8gb)
ssd kingston hyper x 3k 240gb
power supply aerocool 650watt 
samsung dvd writer
wifi tplink wireless usb
casing cooler master k380
monitor Dell s2340L
keyboard + mouse logitech wireless

bajet keseluruhan 4+++


kalau tengok dari spec yang sy pilih ni pun sbnrnya utk motherboard dari siri gigabyte lebih sesuai tapi saya dapat 5 parts spt processor, motherboard, ram, ssd dan monitor yang harganya jauh lebih rendah dari hrga pasaran sebabnya ada mmber dari lowyat forum overclocker yang kensel project haswellnya. so sy dh boleh jimat utk grafik kad dan barang2 lain. jadilah pengguna bijak hehe. motherboard asus tu sebenarnya support cuma kena tggu DSDT dari model motherboard yang sama utk hackintosh. bukan masalah besar sebab sebelum ni pun ada golden build dari tonymacx86 gunakan motherboard dari asus cuma dari socket LGA1155, so motherboard ni still ada harapan untuk hackintosh hehe.

performance cmne ok ke?boleh naik ke bulan ke?
performance agak best jgk, kalau x best sy dh jual balik hehe. untuk rendering release highlight 720p durasi 5-8minit hanya dalam 7-9minit dengan kombinasi i7 + gtx660, kalau sebelum ni untuk highlight 720p release akan ambil masa dalam 1-2jam. perbezaan sangat ketara tu. dari segi editing workflow tak perlu lagi menyumpah seranah, slow la laptop ni and etc. tak perlu proxy editing lagi rilek je editing sambil menghirup kopi. tapi belum stress test dgn performance lain lagi. untuk gaming gtx 660 setakat yg sy try crysis 2, need for speed the run, saint row the 3rd semua maximum setting, setakat ni tiada lag dan game performance sgt smooth.

so berbaloi ke? perabis duit sampai x beli baju raya?
demm, jgn sebut pasal baju raya. huh! mestilah berbaloi dan boleh membantu menyenangkan  kerja dan  memberi perkhidmatan terbaik kepada bakal client :) xde baju raya pun xpe lah, bersusah-susah dulu, bersenang2 kemudian hehe

sekian saja penaipan kali ini. saya dari hati yang tulus ikhlas mengucapkan selamat pengantin baru kepada client yang baka berkahwin, jgn lupa photo atau video dgn sy ye. selamat berpuasa, selamat berbuka puasa dan juga selamat hari raya aidlifitri. maaf zahir dan batin andai ada tersalah dan tersilap :)

1 comment:

Alangtengah Birukundang said...

Salam, saya tgh cari spec pc editing video juga. Boleh cdgkan yg latest. Bajet under 5K.

emel saya september_second@yahoo.com

Terima kasih.

-Joe